Masjid Kita

Aplikasi yang bertujuan bagi menyediakan satu platform digital yang mudah digunakan oleh setiap komuniti kariah masjid dan surau di Malaysia

Mudah

Cari dan masukkan masjid atau surau pilihan dalam senarai masjid kariah anda. Letakkan seberapa masjid atau surau yang berkenaan dengan anda, mungkin berdekatan tempat kerja, dekat rumah atau di kampung anda.

Pantas

Info dan aktiviti masjid dapat terus dilihat pada paparan masjid yang dipilih. Pengumuman, aktiviti dan majlis anjuran masjid perlu diisi oleh AJK masjid berkenaan melalui aplikasi ini. Merapatkan hubungan masyarakat dengan masjid.

Interaksi

Bagi aktiviti yang istimewa atau majlis anjuran pihak masjid yang memerlukan pendaftaran, ia dapat dilakukan terus melalui aplikasi ini. pilih sahaja dan terus mendaftar. Pihak AJK dapat menilai pendaftaran untuk kelulusan atau sebagai rekod.

Pass Digital

Kebolehan pihak masjid mengeluarkan tiket atau pass digital untuk segala program yang dibuat untuk merekodkan pendaftaran dan juga kehadiran peserta. Menjadikan penganjuran lebih teratur dan terurus.

  • Aplikasi Masjid Kita adalah aplikasi percuma yang disediakan bertujuan bagi menyediakan satu platform digital yang mudah digunakan oleh setiap komuniti kariah masjid dan surau di Malaysia.
  • Platform digital ini memerlukan kerjasama komuniti sepenuhnya untuk memenuhi kemudahan yang ada agar ia dapat sama-sama dikongsi oleh semua. Perkara utama adalah dengan penglibatan AJK masjid kariah masing-masing bagi urusan mengurus setia masjid dan surau masing-masing melalui aplikasi ini dengan memberi dan mengemaskini maklumat pada aplikasi ini seperti, aktiviti harian, pengumuman dan jugak aktiviti yang akan datang. Dengan adanya maklumat terkini melalui aplikasi digital, diharap dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan komuniti dengan masjid dan surau masing-masing kerana segala maklumat yang ingin disampaikan kepada kariah masjid dapat disampaikan melalui aplikasi ini.
  • Kemudahan yang pertama adalah "PENGUMUMAN". Ia boleh digunakan oleh AJK masjid dan surau untuk hebahan maklumat penting kepada kariah, dan semestinya kariah dapat mengikuti perkembangan terkini masjid tersebut secara terus.
  • Kemudahan kedua adalah "AKTIVITI LAZIM". Ia adalah bertujuan untuk menghebahkan tentang aktiviti masjid yang dilakukan secara konsisten, sebagai contoh kuliah subuh (setiap hari), pengajian hadith (setiap sabtu selepas zohor), dan sebagainya. Dengan ini, para kariah dapat mengetahui apakah aktivi yang ada dan dapat mereka sertai. Ia juga berguna untuk para pelawat bukan bermastautin contohnya, para musafir yang berada berdekatan masjid ini, akan dapat mengetahui dan turut mengikuti aktiviti masjid tersebut.
  • Kemudahan yang ketiga adalah "AKTIVITI KHAS". Dengan ini, pihak masjid dapat menganjurkan sesuatu aktiviti dengan pilihan untuk mengenakan pendaftaran ataupun terbuka. Maksudnya, jika aktiviti secara terbuka, ia adalah aktiviti tanpa pendaftaran. Sebaliknya, ia bermakna pendaftaran perlu oleh kariah untuk menyertai program tersebut, jadi ianya boleh digunakan untuk merekodkan berapa ramai peserta yang berminat untuk hadir. Para kariah yang berminat perlu melalukan pendaftaran melalui aplikasi ini secara terus. Pihak AJK akan dapat melihat pendaftaran ini dan boleh mengeluarkan tiket atau pass sebagai pengesahan penyertaan. Ia sangat berguna jika sesuatu acara itu adalah terhad pendaftarannya seperti terhad tempat duduk atau kapasiti, jadi kelulusan pendaftaran dapat dibuat mengikut kapasiti tersebut sahaja.
  • Pihak kariah pula hanya perlu menunggu pengesahan ini dan pass atau tiket akan tersedia untuk dilihat jika pendaftaran diluluskan oleh pihak masjid. Penyediaan pass digital ini adalah sangat berguna juga jika pihak penganjur ingin membuat pengesahan peserta yang hadir pada aktiviti tersebut dengan imbasan pada pass tersebut. Ia juga dapat mengenal pasti jika ada pass yang tidak asli atau tidak dikeluarkan oleh pihak AJK masjid.
  • Sebarang cadangan amatlah dialu-alukan agar aplikasi ini dapat memberi kemudahan tambahan kepada semua pihak disamping menggalakkan pemerkasaan digital dalam aktiviti harian dikalangan umat islam di negara ini secara umumnya.
  • Diharap juga dengan penggunaan aplikasi Masjid Kita ini oleh semua kariah, ia dapat mengimarahkan masjid dan surau disekeliling kita dengan keterlibatan secara digital dan turut serta dapat mengeratkan hubungan kariah dengan masjid dan surau masing masing.
  • ** Harap maklum senarai carian masjid dan surau pada aplikasi ini adalah daripada JAKIM melalui platform data terbuka agensi kerajaan yang disediakan melalui MAMPU. Usaha dan polisi kerajaan bagi menyediakan akses kepada data terbuka ini adalah amat dihargai. Oleh itu, jika masjid atau surau anda tidak tersenarai, ia mungkin belum berdaftar dengan JAKIM atau baru sahaja didaftarkan dan belum ada pada senarai ini.
  • ** Sila rujuk kepada Terma & Syarat dan Dasar Privasi bagi penggunaan aplikasi Masjid Kita pada bahagian pendaftaran bagi mendapatkan maklumat penuh mengenainya. Jazakumullah hu khairan.
  • ** Segala pertanyaan dan cadangan, sila email kami di masjidkita@appkan.my

PANDUAN PENGGUNAAN / SOALAN LAZIM

Saya adalah salah seorang AJK masjid, bagaimana hendak memasukkan informasi dan data masjid untuk tatapan kariah saya?

1. Perlu lengkapkan pendaftaran sebagai pengguna. Sila ke bahagian "profil" dan pilih untuk mendaftar.
2. Sila lengkapkan proses verifikasi email. Sila ke bahagian "profil" dan tekan butang (!) bersebelahan alamat email.
3. Pada bahagian utama App, sila tekan butang (+) untuk mencari dan memasukkan masjid dimana anda adalah AJK yang sah. Masukkan nama masjid dan mulakan pencarian. Pilih pada senarai yang dijumpai.
4. Masjid yang dipilih akan disenaraikan pada bahagian utama App. Pilih masjid ini dan anda akan ke bahagian utama masjid ini pula.
5. Tekan butang "AJK" pada bahagian ini untuk ke bahagian seterusnya.
6. Tekan butang "SAYA AJK" pada bahagian ini dan sila ikut arahan yang diberi untuk melengkapkan proses.
7. Setelah selesai permohonan, anda hanya perlu tunggu untuk pihak kami melakukan penilaian. Anda akan mendapat email jika proses telah selesai dan secara terus anda akan dapat menggunakan kemudahan sebagai penguasa bagi masjid ini.
8. Dengan menjadi penguasa masjid ini, anda boleh terus ke bahagian yang berkenaan untuk mula memasukkan data dengan menekan butang "TAMBAH".

Setelah memilih masjid, tiada apa informasi didapati pada masjid ini. Kenapa?

1. App ini adalah platform yang melibatkan penguasaan oleh komuniti. Oleh itu, maklumat setiap masjid harus diisi oleh AJK masjid itu sendiri melalui app ini. Jika tiada AJK masjid yang mendaftar dan menggunakan app ini, jadi tiada data akan dapat dilihat oleh kariah masjid itu. Dengan ini, sila berhubung dengan AJK masjid dan hebahkan tentang app ini yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh kariah masjid. Diharapkan ianya dapat merapatkan hubungan sekalian kariah dengan masjid tersebut secara fizikal dan digital juga.

Mengapa perlu mendaftar dan apa kelebihannya?

1. Tanpa pendaftaran, hanya satu masjid dapat di masukkan di dalam senarai masjid kariah anda. Anda juga masih boleh melihat semua informasi masjid ini pada paparan masjid ini. Tetapi, dengan tiada maklumat pendaftaran, App ini tidak dapat menghantar notifikasi kepada anda secara terus jika terdapat pengumuman baru, atau aktiviti / majlis baru yang dikemaskini oleh AJK masjid. Informasi ini hanya dapat dilihat jika anda memasuki ruangan tersebut secara manual.
2. Dengan pendaftaran, lebih dari satu masjid dapat dimasukkan ke dalam senarai masjid kariah anda. Anda juga akan mendapat notifikasi secara terus jika terdapat maklumat baru yang dimasukkan oleh AJK masjid tersebut. Dengan ini, anda tidaklah perlu untuk membuka app ini berulang kali untuk mengetahui jika ada maklumat baru.
3. Dengan pendaftaran juga, anda dapat mendaftar pada aktiviti masjid yang dikategorikan sebagai "pendaftaran". Contohnya jika ada majlis yang menghadkan kehadiran dan sebagainya. Tiket digital hanya dapat diberi kepada pengguna yang berdaftar.

Bolehkah aktiviti yang hendak dianjurkan masjid disediakan proses pendaftaran melalui App ini?

Ya boleh. Untuk aktiviti / atau majlis khas, terdapat dua pilihan iaitu, "terbuka" dan "pendaftaran". "Terbuka" bermakna tiada pendaftaran disediakan. Jika anda memilih "pendaftaran", aktiviti ini akan menyediakan pendaftaran untuk kariah sekalian. Kariah boleh mendaftar terus pada aktiviti ini apabila disenaraikan. Pihak AJK pula akan menerima pendaftaran ini dan boleh mengeluarkan tiket digital kepada yang berdaftar sebagai pengesahan penerimaan pendaftaran itu. Dengan adanya rekod pendaftaran ini, bilangan penerimaan pendaftaran dapat dihadkan oleh AJK masjid jika majlis adalah terhad. Dengan adanya tiket digital, kehadiran juga dapat direkodkan oleh AJK masjid semasa majlis dengan pengimbasan kod QR pada tiket digital ini bagi kariah yang hadir, semuanya melalui app ini. App juga secara otomatik dapat menilai tiket yang tidak sah atau yang telah diguna pakai berulang kali.

Apa gunanya tiket / pass digital yang dikeluarkan oleh App ini untuk sesuatu majlis / aktiviti?

1. Untuk merekod pendaftaran, bilangan dan maklumat peserta dapat diketahui oleh AJK melalui App.
2. Untuk menghadkan jumlah peserta sesuatu aktiviti yang kemungkinan ada hadnya.
3. Untuk pengimbasan kod QR semasa peserta hadir ke majlis tersebut. Dengan ini, rekod kehadiran dapat disimpan untuk rujukan kelak.
4. Untuk mengelakkan kehadiran yang tidak diundang, pass digital apabila diimbas akan memberi amaran ia adalah tiada dalam senarai atau telah digunakan sebelumnya.

Adakah butir pengenalan diri yang diberikan selamat?

Kami tidak akan menggunakan data peribadi yang diberikan untuk kegunaan lain selain untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pengguna App Masjid Kita. Data juga tidak akan dikongsikan kepada mana mana pihak ketiga. Sila baca terma dan syarat serta polisi privasi yang disediakan didalam app untuk mengetahui lebih lanjut.

© Copyright 2023 AppKan PLT - All Rights Reserved