TERMA & SYARAT & POLISI PRIVASI

Di sini adalah penerangan terhadap terma & syarat serta dasar privasi aplikasi Masjid Kita. Dengan menngunakan aplikasi ini, anda telah bersetuju dengan dasar-dasar yang tertera di sini. Sila fahami dengan teliti dan pastikan ianya bersesuaian dengan kehendak anda sebelum menggunakan aplikasi ini.

PENGUMPULAN DATA
Anda boleh menggunakan aplikasi ini tanpa perlu mendaftarkan diri. Walau bagaimanapun, terdapat had kepada perkara yang anda boleh lakukan sebagai pengguna yang tidak berdaftar. Ini adalah kerana sesetengah kemudahan yang disediakan perlu identifikasi diri bagi tujuan rekod dan audit, serta bagi mengelakkan penipuan dan memastikan pengguna-pengguna lain dilindungi. Jika mendaftar, anda perlu memberi data peribadi dengan betul, iaitu nama dan alamat emel. Pemberian nombor telefon adalah sebagai pilihan sahaja jika perlu. Data ini tidak akan dikongsi oleh pihak kami dengan mana-mana pihak ketiga dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada untuk menambah baik penggunaan aplikasi ini sahaja. Ia juga adalah perlu bagi mengelak sebarang penipuan dalam menggunakan kemudahan aplikasi ini.

DATA LOG
Dengan menggunakan aplikasi ini, hanya data penting yang akan direkodkan (log) untuk tujuan audit dan bukti komunikasi dengan kemudahan yang digunakan, seperti pendaftaran aktiviti, pengurusan tiket dan sebagainya.

HUBUNGAN LUAR
Aplikasi ini tiada hubungan dengan mana-mana aplikasi lain atau pihak lain dalam menyediakan kemudahan yang ada pada aplikasi ini. Walaubagaimanapun, untuk ketelusan data yang diperolehi kepada pengguna, senarai masjid dan surau yang ada adalah dengan membuat rujukan kepada pihak JAKIM yang telah menyediakan senarai ini melalui polisi data terbuka sektor awam di bawah inisiatif MAMPU.

PENAFIAN
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesulitan yang dialami oleh pengguna dalam menggunakan aplikasi ini secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana data yang disertakan pada aplikasi ini adalah data daripada pengguna lain yang tidak semestinya betul atau tepat. Sila buat rujukan terus kapada pihak berkenaan (masjid kariah anda) jika terdapat maklumat yang tidak atau kurang tepat.

PERTUKARAN POLISI
Dasar-dasar yang dinyatakan di sini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Anda diminta untuk menyemak polisi ini dari masa ke semasa untuk memastikan ianya adalah polisi yang terbaru. Kami akan memberi notis pada bahagian ini jika berlaku perubahan dan ia dianngap berkuatkuasa serta merta jika ianya tertera pada bahagian ini..

© Copyright 2020 AppKan PLT - All Rights Reserved